Aktiviti Pusat Islam Darul Taqwa

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil.
Khamis (Maghrib-Isyak)

Halaqah
Ahad (Selepas Zuhur)

Usrah dan Uzlah
Rabu (Maghrib-Isyak)

Selamat Datang Ke IPGM Kampus Rajang

Selamat Datang Ke IPGM Kampus Rajang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana hari ini sudah 50% selesainya aktiviti dan program Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) yang berlangsung di 28 buah IPGM seluruh negara. Tahniah kepada semua adik- adik yang berjaya melangkah kaki ke IPGM.

MPPB diwarnai dengan suka duka, jerih payah, letih lelah dan pahit manis yang pastinya akan menjadi kenangan terindah sepanjang kehidupan sebagai pelajar di IPGM. Masih saya ingat ketika saya memasuki IPGM dua tahun yang lepas, segala perkara yang berlaku sepanjang MPPB masih terpahat dalam ingatan. Ketegasan abang- abang dan kakak- kakak senior akhirnya saya fahami secara realiti dan rasionalisasinya kini.

Benar budaya kampus akhirnya menjadi satu budaya yang diinterpretasi oleh semua warganya. Dari pengawal keselamatan kepada petugas- petugas staf sokongan, dari barisan pensyarah sehingga barisan pelajar, ikatan itu kian menebal dan mencerminkan kekuatan kerohanian warganya.

Budaya kampus dalam amalan senyum, sapa dan salam adalah satu benchmark yang menjadi ikutan IPGM yang lain. Ianya benar- benar terserlah dan dilaksanakan secara ikhlas oleh warganya tanpa ada unsur prejudis mahupun ketidakikhlasan. Ini semua selari dengan ajaran Islam. Ikatan ukhuwah Islamiyah itu bukan hanya untuk orang- orang Islam sahaja tetapi adalah satu wacana yang holistik.

Definisinya itu membawa konotasi pengukuhan dan pemantapan ikatan silaturahim berteraskan nilai- nilai Islam.
Amalan senyum, hormat- menghormati, keterbukaan, kefahaman, toleransi, setiakawan, salam, tegur- menegur dan bantu- membantu adalah nilai- nilai universal yang didukung oleh ajaran Islam. Malahan agama lain sama sekali tidak menghalang nilai- nilai murni ini. Maka itu, usaha ini dimantapkan lagi dengn program wacana ilmiah di surau kampus dengan menegakkan solat berjemaah bagi semua pelajar Muslim dan aktiviti moral dan kerohanian bagi bukan Muslim.
Sesungguhnya usaha- usaha murni ini menjadi penekanan utama sepanjang MPPB ini. Tahniah kepada barisan JPP yang berusaha sedaya upaya merealisasikan rasionalisasi ini. Mencari ideal itu adalah mustahil tetapi tidak mustahil menegakkan yang realiti.

Akhir kata, selamat maju jaya dan salam tahniah dari kami buat semua pelajar baharu IPGM Kampus Rajang Ambilan Julai 2009! Jazakallah…

No response to “Selamat Datang Ke IPGM Kampus Rajang”

Catat Ulasan