Aktiviti Pusat Islam Darul Taqwa

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil.
Khamis (Maghrib-Isyak)

Halaqah
Ahad (Selepas Zuhur)

Usrah dan Uzlah
Rabu (Maghrib-Isyak)

Warkah PPI IPGM Kampus Rajang sempena tahun Baru Masihi 2010

Assalamualaikum wbt muslimin dan muslimat sahabat sekalian, 

Alhamdulillah hari ini, tahun ini, kita masih diberi nikmat untuk hidup di Bumi Allah ini. 

Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar 2009 masihi. Esok adalah hari baru dan hari ini akan meninggalkan kita serta tidak akan kembali lagi selama-lamanya. 

Tahniah dan syabas sekiranya sahabat sekalian berjaya menunaikan matlamat dan impian masing-masing di tahun 2009. 

Ayuhlah menjelang tahun 2010 ini, kita sama2 bermuhasabah dan menghisab diri kita sendiri. Apakah masih ada perintah Allah yang tegar untuk kita ikuti? Apakah solat 5 waktu masih juga terkapai-kapai kita mendirikannya? Apakah Ramadhan yang lepas, sudah kita tunaikan sebaiknya puasa fardhu? Apakah tahun ini sudah kita langsaikan zakat harta? Apakah semalam dan hari ini sudah kita berpesan-pesan kepada kebaikkan?

Umar Ibnu Khattab ra. pernah berpesan, ''Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab (di hari Kiamat), dan timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang di akhirat kelak. pada hari itu kamu akan dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian sedikitpun.'' Bertambah usia pada hakikatnya adalah berkurangnya umur kita, Mari kita sambut 2010 dengan tekad menjadikan diri kita lebih baik lagi.

Ingatlah sahabat sekalian, di mahsyar kelak segala nikmat dan kesenangan yang kita kecapi waktu ini tidak ada nilai lagi. Saat itu, anggota tubuh badan akan menjadi saksi setiap amal dan tingkah laku kita. Saat itu segala amalan baik dan buruk akan dipertontonkan di hadapan semua manusia. Ingatlah janji Allah itu pasti. 

Allah sudah menyediakan ruang untuk kita sama-sama berpesan-pesan kepada kebaikkan. Maka manfaatkanlah peluang yang ada itu sebaiknya. janganlah menunggu sehingga di azab kelak dan kita diganti dengan kaum yang lain maka barulah kita mahu bertaubat. 

Moga 2010 ini membawa baraqah dan sakinah dalam kehidupan kita. 

Jawatankuasa Persatuan Pelajar Islam
IPGM Kampus Rajang 2009

Hijrah Titik Mula Meraih Kecemerlangan

Hakikatnya, awal Muharram adalah satu tarikh yang sangat bermakna bagi mukmin. Tarikh ini membawa kita kembali menyingkap satu peristiwa agung yang terjadi sekitar 1400 masihi yang lalu. Peristiwa yang ini bukan saja memberikan kenangan termanis dalam hidup mukmin tetapi kenangan termanis juga kepada manusia dan seluruh alamnya.

Kenapakah peristiwa tersebut dikatakan kenangan termanis buat umat manusia dan alam seluruhnya? Ini kerana, apabila berlakunya peristiwa bersejarah ini dunia yang dahulunya kontang dan tandus dari nilai-nilai kebaikan dan kebajikan mula merasai bibit-bibit kerahmatan, kasih sayang serta keadilan yang dinanti-nantikan buat sekian lamanya. Dunia menanti-nantikan peristiwa tersebut. Peristiwa yang akan memberikan impak besar kepada dunia dan sejarah kemanusiaan yang mana melalui peristiwa tersebut rahmat dan keberkatan Allah tersebar ke seluruh alam. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Hijrah Nabawiyah.

Hijrah di dalam Islam adalah suatu peristiwa yang agung. Syariat Islam, kehebatan, keizzahan, kemurnian, keadilan dan kasih sayang dapat dirasai dengan hakikat yang sebenar selepas berlakunya peristiwa ini. Peristiwa ini meninggalkan bekas yang mendalam didalam hidup mukmin yang inginkan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan dalam erti kata yang sebenar.

 Peristiwa hijrah nabawiyah bukanlah semudah yang kita bayangkan. Pernah digambarkan oleh seorang ulama berkenaan peristiwa hijrah ini dengan katanya, “Hijrah merupakan adik kandung kepada kematian”. Ini menggambarkan kepada kita bahawa kegemilangan tidaklah dicapai dengan mudah bahkan ia menagih 1001 pengorbanan. Sejarah membuktikan bahawa pengorbanan tidak dapat dipisahkan daripada hijrah. Ingin berhijrah, maka perlulah berkorban. Ini sama seperti apa yang telah berlaku ke atas Suhaib bin Sinan ar-Rumy. Beliau meninggalkan seluruh harta benda yang dicintainya semata-mata untuk menyahut dan melaksanakan perintah Rasulallah SAW iaitu berhijrah ke Madinah. Tetapi, pengorbanan tersebut dibalas dengan kejayaan yang tidak ada lagi kejayaan selepas itu. Selepas Rasulullah SAW mengetahui kisah itu baginda bersabda, “Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib”.  Keuntungan tersebut bukanlah keuntungan yang bersifat meterial dan duniawi, tetapi keuntungan yang bersifat hakiki dan kekal abadi. Keuntungan yang dimaksudkan adalah keuntungan meraih redha Allah SWT. 
Inilah keuntungan yang sebenarnya. Apa lagi yang bakal menandingi redha Allah? Tidak, tidak ada sama sekali. Firman Allah, “Dan redha Allah itulah yang paling besar”. Keredhaan Allah SWT adalah keizinan daripada kerajaan yang memiliki langit dan bumi serta di antara duanya  untuk mendiami syurga-Nya. Firman Allah, “Sesiapa yang dijauhi dan diselamatkan Allah daripada azab neraka, maka mereka itulah golongan yang benar-benar berjaya”. Inilah erti kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan yang sebenar.

Sementara itu, peristiwa hijrah juga mengembalikan ingatan kita kepada salah satu hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan peristiwa ini. Hadis riwayat Umar itu membawa maksud, “Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya, sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia bakal mendapat balasan daripada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa pula yang berhijrah kerana mencari kepentingan dunia atau kerana perumpuan yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu (serta dia tidak akan mendapat balasan baik oleh Allah).” (hadis Shahih, riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini dilafazkan oleh baginda ar-Rasul SAW disebabkan berlakunya peristiwa hijrah. Maka, kita dapat memahami di sini bahawa hijrah yang dilakukan perlulah disertai dengan niat yang baik. Dengan adanya niat yang baik tersebut diganding pula dengan pengorbanan maka pasti akan mencapai kecemerlangan.

Kesimpulannya, peristiwa hijrah yang dipaparkan tadi adalah satu petunjuk dan panduan daripada Allah SWT kepada manusia untuk mencapai kecemerlangan di sisi Allah SWT. Biarpun peristiwa hijrah ini telah berlaku tetapi pengajarannya masih dan akan terus kekal didalam jiwa mukmin. Akhirnya, bagi menyahut seruan hijrah pada kali ini marilah kita menanam atau memperbaharui azam kita dan moga-moga dengan niat yang baik ini Allah SWT mempermudahkan perjalanan kehidupan kita menuju keredhaan dan syurga Allah SWT.

Warkah Hijrah 1431H

Salam Hijrah 1431 Ikhwah Sekalian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Moga antum semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hatta dalam kepanjangan cuti semester ini. Seringkali kita terlepas peluang untuk menyambut tahun baru Hijrah ini bersama di surau kampus namun ia bukanlah penghalang untuk kita terus mengimarahkan sambutan Hijrah ini.

Saban tahun umat Islam menyambut tahun baru Hijrah dengan mengimarahkan masjid dalam suasana yang meriah, dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun, sesudah itu bacaan doa awal tahun dan tazkirah mahupun ceramah berkaitan kisah Hijrah. Setiap tahun itu jugalah kita diulangkan dengan kisah rumah Rasulullah dikepung, saidina Ali tidur di katil Rasulullah dan Abu Bakar menemai perjalanan Rasulullah ke Yathrib (Madinah). Namun mengapakah masih ramai dalam kalangan umat Islam yang masih di takuk yang lama?

Mengapakah umat Islam masih berada pada tahap seperti hari ini? Kita terus dijajah dan dikuasai oleh Barat dan bukan Islam. Ini berlaku kerana kita tidak sedar akan pada apa yang kita lakukan. Ketahuilah, umat Islam hari ini belum sedar tentang apa yang mereka kerjakan. Mereka belum sedar tentang diri mereka (makrifatul insane) belum sedar tentang Islam (makrifatul Islam) dan belum mengenali akan Allah (makrifatullah). Maka ia menjadi punca utama kelemahan dan ketewasan serta kemunduran kita pada hari ini.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.   (An-Nisaa:100)

Sementara itu, peristiwa hijrah juga mengembalikan ingatan kita kepada salah satu hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan peristiwa ini. Hadis riwayat Umar itu membawa maksud, “Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya, sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia bakal mendapat balasan daripada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa pula yang berhijrah kerana mencari kepentingan dunia atau kerana perumpuan yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu (serta dia tidak akan mendapat balasan baik oleh Allah).” (hadis Shahih, riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah wahai ikhwah sekalian, Jawatankuasa Persatuan Pelajar Islam adalah mereka yang bertanggungjawab dalam menggerakkan usaha dakwah dan menyuburkan fikrah Islam dalam komuniti di kampus kita. Maka sokongan dan penyertaan semua ikhwah dan warga adalah diharapkan dalam memastikan syiar Islam itu wujud dan nyata. Janganlah ianya hanya wujud tapi tidak nyata.

Jika antum masih lagi di takuk yang lama, malas solat, malas berjemaah, meninggalkan segala perintah Allah malahan tanpa segan silu melakukan segala larangan Allah maka berhijrah lah segera. Apakah antum masih dahagakan dan terleka dek perhiasan duniawi? Bukankah Allah sudah peringatkan kita bahawa segala yang indah di dunia ini tidaklah seberapa berbanding dengan perhiasan di syurga kelak.

Hidup di dunia harus berusaha mendapatkan redha Allah. Allah mengharamkan bagi hambaNya menyentuh lantai neraka bagi mereka yang berusaha mendapatkan redhoNya. Kita sebagai bakal guru, bakal pendidik dan bakal pembina generasi masa hadapan, wajar memiliki kekuatan akhlak dan kemantapan fikriyah serta rohanian yang utuh agar tidak melahirkan dan mendidik dengan goyah peribadi serta jati diri masyarakat kelak. Apatah lagi untuk membimbing isteri, anak-anak dan keluarga kita sendiri di masa hadapan.

Moga hijrah yang hadir kali ke 1431 ini membawa sinar baru, harapan baru, impian dan memperbetulkan segala matlamat dan bersamalah kita memperbaharui azam yang lalu moga hidup kita matlamatnya kerana Allah, perlembagaannya adalah Al Quran, jalannya adalah sunnah dan qudwahnya adalah Rasulullah, insya Allah.

Salam Hijrah 1431, Harapan Baru Siswa IPGM
Mohd Sufri Bin Yakup
Exco Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru
IPGM Kampus Rajang Sarawak

Imtihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, musim imtihan kini bermula. Buat sahabat seperjuangan di IPTA mahupun di seluruh kampus pendidikan Guru selamat berjuang. Moga usaha selama ini membawa antum ke lembah kejayaan. Kejayaan itu milik mereka yang berusaha dan bertawakal.

Imtihan merupakan satu aktiviti penting dalam calendar pendidikan. Imtihan adalah masanya untuk menguji dan membuat penilaian sejauh mana tahap penguasaan, kefahaman dan kesediaan kita dalam menerima segala ilmu yang telah dipelajari. Benar, imtihan bukanlah segala- galanya tetapi imtihan adalah satu kayu ukur yang paling rasional dan tepat masa ini.
Justeru itu, persediaan awal dengan langkah istiqamah adalah kunci utama dalam mencapai kejayaan. Untuk mendapatkan istiqamah bukanlah mudah. Istiqamah memerlukan kesebaran dan kesungguhan intrinsic yang kuat.

Maka luruskan niat, menuntut ilmu kerana Allah. Tingkatlah usaha dan amalkanlah strategi pembelajaran bersungguh- sungguh dan bijaksana. Insya Allah kejayaan datang menderpa.
Sedikit peringatan bersama, luruskan niat. Ilmu yang dituntut harus menjadi 3 perkara pokok yakni mendekatkan diri pada Allah, membekas pada akhlak dan jati diri serta boleh disampaikan pada orang lain.

Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:
Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”

MOHD SUFRI BIN YAKUP
EXCO KEROHANIAN, KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN GURU
JPP IPGM KAMPUS RAJANG 2009/2010

Menghadapi Kursus Pra Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim

Perkahwinan adalah menjadi impian setiap insan manusia. Sebelum ianya menjadi rialiti, perlulah kepada bakal pengantin, baik lelaki atau perempuan mengikuti kursus yang dinamakan kursus pra-perkahwinan sebagai kunci bagi permulaan membangunkan rumah tangga yang bahagia insyaallah.

Sekadar perkongsian daripada kursus pra-perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin baru, saya kongsikan beberapa tip yang barang kali dapat memberi gambaran dan membantu anda mengikuti kursus tersebut, insyaallah. antara perkara yang diselitkan dalam kursus tersebut adalah seperti berikut,

tahapperkahwinan

20 MASALAH DALAM RUMAH TANGGA

1. Tidak melaksanakan taggungjawab terhadap rumahtangga

2. Mempunyai tabiat yang tidak disukai oleh pasangan

3. Tidakdapat mewujudkan perhubungan yang mesra

4. Campurtangan keluarga asal masing-masing dalam pengurusan rumah tangga

5. Merasa terkongkong, tiada kebebasan dan sukar menyesuaikan diri dengan keadaan baru

6. Beban kewangan yang bertambah dan tiada persetujuan tentang cara perbelanjaan dan penggunaan kewangan

7. Cara komunikasi dan kesefahaman yang tidak berkesan

8. Tidak faham dengan masalah yang dihadapi

9. Cara penyelesaian yang berbeza dan tidak berkesan

10. Tidak ada peningkatan kemajuan dan perubahan diri

11. Mempunyai masalah seksual dan tidak mendapat kepuasan seks

12. Tidak dapat berkerjasama dengan pasangan kerana perbezaan latar belakang keluarga serta taraf pendidikan

13. Tidak memberi keutamaan kepada keluarga sendiri sebaliknya memberi tumpuan kepada perhungan luar

14. cara Pendidikan anak yang berbeza

15. Tidakmemujuk dan mengambil hati pasangan jika merajuk

16. Mengikut apa sahaja kehendak pasangan

17. Melakukan penyelewengan dan maksiat

18. Perbezaan pendapat mengenai pandangan hidup dan nilai-nilai murni

19. Gangguan dan pengaruh luar seperti jiran dan kawan-kawan

20. Tidak mempunyai sifat keimanan yang seharusnya dan tidak mengetahui ajaran agama yang sebenarnya.

10 CARA MENGATASI KRISIS RUMAH TANGGA UNTUK ISTERI

1. Hayati erti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya

2. Kenalpasti keperluan suami dan berusaha memenuhinya

3. berikanlah pujian dan penghargaan tanpa meminta anda disanjungi dan dihargai

4. Buangkan sifat cemburu buta

5. Jangan menggunkan kritikan, serangan dan ugutan jika ingin mengubah sifat suami

6. Hilangkan perasaan bangga diri dan sombong

7. Layanlah suami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang

8. Tinggalkan pergantungan pada ibubapa dan suamilah tempat anda mengadu sekarang ini.

9. Rajinlah berbincang bersama suami anda cara-cara mendidik anda dengan sempurna

10. Berdoalah agar sentiasa berada dalam kesabaran dan keimanan.

10 CARA MENGATASI KRISIS RUMAH TANGGA UNTUK SUAMI

1. Tunaikan tanggungjawab dan peranan yang sebenarnya kepada isteri

2. Layanlah isteri dengan baik dan lembut

3. Hindarilah kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap isteri

4. Berikan pujian dan penghargaan kepada isteri

5. Keraplah berkerjasama dengan isteri untuk memajukan dan meningkatkan kerukunan rumahtangga.

6. Bawalah berbincang dengan isteri jika suami mempunyai masalah walaupun masalah itu kecil

7. berikan isteri peasaan aman, tenteram, selesa dan selamat.

8. Memahami perubahan hati nurani isteri seperti sedih, kecewa dan sebagainya.

9. Tingkatkan hubungan seksual agar isteri mendapat kepuasan yang diharapkan.

10. Jangan membohongi isteri kerana isteri akan merasa dipermainkan jika mengetahui dirinya dibohongi.


Dipetik dari blog Ustaz Khairi, mantan pelajar J-Qaf IPGM Kampus Rajang kini mengajar di SK Gemuan Bintangor. Beliau boleh dihubungi menerusi blognya khairionline.wordpress.com

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009

Alhamdulillah tanggal 19 Syawal yang lalu, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Persatuan Pelajar Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengadakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri bertempat di Dewan Sri Rajang.

Sambutan begitu meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Encik Nicholas Ugul dan Tuan Timbalan Pengarah, Encik Mohamad Rahmat bin Mat Yassin. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Shoutul Rajang yang mendendangkan 3 buah lagu.

Juadah yang disediakan hasil peruntukan Persatuan Pelajar Islam sendiri seperti ketupat, rending, kari, mee dan banyak lagi. Kemeriahan tersebut jelas tergambar di wajah sekalian warga IPGM Kampus Rajang yang hadir tidak mengira agama, bangsa dan Negara.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid, exco Islam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar di atas kerjasama yang diberikan. Jazakallah khairan khatsiro.

Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah

Kesedihan malam itu tidak dapat saya sembunyikan lagi kerana itu saya menolak pelawaan dan cadangan Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Masjid, Encik Abdul Hadi agar saya menjadi Pengerusi Majlis pada malam tersebut. Kenangan indah sepanjang Ramadhan khususnya setelah saya menerajui Persatuan Pelajar Islam ini amat manis dan tidak dapat dilupakan. Moga pertemuan, perpisahan dan pengaulan selama ini bersama beliau adalah kerana Allah SWT.

Majlis malam itu disambut dalam suasana sebak. Minggu terakhir Timbalan Pengarah di Kampus Rajang. Beliaulah insane yang sentiasa menimarahkan Masjid At Taqwa ini. Beliaulah yang kadang- kadang mengazankan, mengimamkan dan membaca khutbah demikianlah uswatun hasanah yang ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi itu.

Ketibaan Yang Berbahagia Timbalan bersama keluarga petang itu kami sambut dengan nada selawat oleh kumpulan Nasyid Shoutul Jihad di perkarangan masjid. Timbalan meminta saya sendiri membacakan doa selamat bagi memberkati peninggalannya itu dalam pertemuan kami ketika saya menjemput beliau memaklumkan mengenai majlis tersebut pada sebelah pagi.

Tiada apa lagi yang dapat saya coretkan buat tatapan semua. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Kesungguhan dan komitmen beliau dalam menjaga kebajikan pelajar Islam dan memastikan daulah Islamiyah di bumi Rajang ini akan terus terpahat dalam ingatan. Jazakallah khairan khatsiro.

“Ya Allah, peliharalah Tuan Mohd Rahmat dan keluarganya dunia dan akhirat dan jadilah pertemuan serta perpisahan kami sebagai ibadah di sisimu”

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid

Exco Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru

Iftar Jamaie Ramadhan 1430 Hijrah

Alhamdulillah usai Ramadhan pastinya dirindui walaupun Syawal sudah berlalu pergi semalam namun laporan ini baru menyusul di sesawang ini. Syukur kita panjatkan pada Illahi di atas limpah kurnia dan segala nikmat yang dicurahkan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah sekali lagi pada tahun ini kita berjaya menghimpunkan semua warga pelajar Islam untuk sama- sama berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadhan. Dengan kerjasama dan kekuatan kewangan Persatuan Pelajar Islam dan pihak IPGM Kampus Rajang sendiri khususnya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar maka kita berjaya menyediakan juadah berbuka setiap hari.

Pada minggu terakhir Ramadhan kita telah mengadakan kemuncak Iftar Jamaie dengan program berbuka puasa, tadarus Al Quran dan Qiyamulail. Alhamdulillah dengan peruntukan yang ada, semua warga Islam di IPGM Kampus Rajang bersama- sama dengan Penaung Masjid At-Taqwa dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid hadir memeriahkan majlis bersama dengan ahli keluarga tercinta. Bermula dengan selawat marhaban kemudiannya berbuka puasa dan solat maghrib diikuti oleh pengisian antara maghrib dan isyak dan terawih seterusnya Majlis Khatamal Al-Quran. Alhamdulillah, Ramadhan kali ini 4 kali muslimin dan muslimat khatamal Al Quran dan dimeriahkan lagi dengan Program Qiyamulail sepanjang minggu akhir Ramadhan.

Sesungguhnya, Ramadhan ini akan menjadi kenangan kita bersama dengan Yang Berbahagia Tuan Timbalan Pengarah, Encik Mohamad Rahmat Bin Mat Yassin kerana inilah Ramadhan terakhir beliau di bumi Rajang dan di Masjid At Taqwa sebelum berpindah ke IPGM Kampus Tun Hussein Onn Johor.

Syabas dan tahniah serta jutaan penghargaan kepada semua kumpulan pengajian serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid At Taqwa IPGM Kampus Rajang di atas curahan tenaga menjayakan majlis iftar jamaie kali ini. Moga Allah menjadikan amalan kita sebagai ibadah di akhirat kelak, insya Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid

Exco Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru

Al-Fatihah

Assalamualaikum.

Untuk makluman warga IPGM Kampus Rajang, ayahanda kepada Mohd. Shahrizan (En. Seruji) dari PPISMP Bahasa Melayu 2008 telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi tanggal 15 Oktober 2009.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

::Mari Memaksimumkan Bonus Ramadhan::

Mari Memaksimumkan Bonus Ramadhan
www.iluvislam.com
Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Dihantar Oleh:Nazimudin
Editor:mawaryangtinggi




Bagi memastikan sempurnanya puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.


2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

Nabi SAW bersabda :


"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim)


"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Baginda SAW juga menyebutkan bahawa malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad)


Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan Solat Subuh berjemaah (bagi lelaki). Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.


Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca Al-Quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadis dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail a.s. Hal ini disebut di dalam hadis al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.


Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi SAW :-
Ertinya : "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : “Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At-Tirmizi)

5) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka.

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas pasti masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan Solat Maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar perlu agar kelaparan tidak mengganggu Solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan Solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air.
(Abu Ya'la dan al-Bazzar)

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air. Ertinya : “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air".

8) Amat disunatkan untuk sedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi) Disebut dalam sebuah hadis lain, Ertinya : “Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa (berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga" (Riwayat Al-Baihaqi)

9) Menunaikan Solat Sunat Terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Ia berdasarkan hadis riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari Riwayat al-Bukhari.

11) Amaran bagi berbuka di siang Ramadhan tanpa uzur.

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Bulan Ramadhan, maka ia tidak mampu menggantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)



***********************************************************

http://www.zaharuddin.net/

::Nuzul Quran dan Lailatul Qadr::

Nuzul Quran dan Lailatul Qadr
www.iLuvislam.com
Dr. Samsu Adabi Mamat
Editor : kasihsayang



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



Sumber : JAKIM

Merdeka vs Ramadhan

Kemerdekaan Negara yang ke-52 hadir di bulan Ramadhan Al Mubarak. Suatu masa yang sangat beharga dan bertuah buat generasi bangsa kita. Kemerdekaan Negara merupakan satu perayaan kebangsaan yang jatuh pada bulan suci umat Islam maka inilah bikmat Allah SWT kepada kita.


Bulan Ramadhan merupakan rentetan waktu yang menyaksikan betapa keagungan ibadah dan banyak hikmah berlaku di dalamnya. Peristiwa perang pertama umat Islam yakni Perang Badar berlaku dalam bulan Ramadhan. Al Quran juga diturunkan dalam bulan Ramadhan pada malam Al Qadr.


Tahun ini bulan Ramadhan juga merangkumi hari kemerdekaan Negara. Merdeka dalam erti kata yang sebenar adalah kebebasan minda ke arah kesejahteraan. Merdeka bermakna keupayaan kita untuk membebaskan diri daripada cengkaman hawa nafsu dan belenggu syaitan yang direjam untuk menuju ke arah mengagungkan Allah SWT.


Begitulah interpretasi merdeka. Maka Ramadhan adalah kesesuaian yang ideal bagi merdeka. Justeru sambutannya juga harus mencerminkan intipati maksudnya. Bukan dengan gegak gempita bunyi mercun, berkonvoi tepat jam 12 mahupun sekadar mengibar jalur gemilang sahaja tetapi intipati yang utama adalah membebaskan diri serta melaksanakan rejuvenasi paradigma seterusnya membawa bersama manfaat dan kesejahteraan dari rejuvenasi itu kepada bangsa, agama dan Negara.


Buat sekalian rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kebangsaan yang ke-52. Jadikan merdeka sebagai medan tarbiah merujevenasi paradigma untuk kesejahteraan agama, bangsa dan Negara.

Mohd Sufri B. Yakup
Exco Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru
JPP IPGM Kampus Rajang 2009/2010

::Buat ke-52 kalinya, Mahasiswa Perlu Merdekakan Diri!

Oleh: Mohd Shafie Hashim*

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh keramat bilamana Negara Malaysia yang tercinta ini telah merdeka setelah sekian lama di jajah oleh bangsa asing.

Laungan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj menutup sudah siri penjajahan kolonial-kolonial barat mahupun timur terhadap Malaysia.

Lain manusia lain tafsiraNnya tentang kemerdekaan . Setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula , erti kemerdekaan pada mereka pula adalah bebas dari cengkaman kaum kapitalis dan dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis lain pula tafsiran mereka yang membawa maksud terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya.

Pada mereka, kemerdekaan memberi peluang seluas-luasnya untuk mereka mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Golongan kapitalis pula, memandang merdeka adalah menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Nah ,seterusnya bagaimana dengan kita ?

Setiap tahun Malaysia menyambutnya dengan perarakan sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa bersejarah ini. Slogan demi slogan di cipta bagi menunjukan betapa meriahnya sambutan hari bermakna ini.

Kibaran Jalur Gemilang juga menjadi rutin tahunan sebaik sahaja menjelang 31 0gos. Manakala pengamal media dan perfileman sibuk menghasilkan tayangan-tayangan yang mampu membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kesusahan negara ini mencapai kemerdekaan

Namun di celah-celah kemerdekaan ini wujud juga golongan-golongan yang tidak mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Kemeriahan malamnya di sambut dengan hiburan yang keterlaluan kononya inilah trend untuk membuktikan Malaysia merdeka khususnya di era globalisasi ini.

Tiba sahaja malam kemerdekaan , maka berpusu-pusulah manusia bertandang ke pusat Bandar, menanti saat 12 malam sambil mendengar dentuman meriam .

Remaja dengan gayanya, yang tua tidak ketinggalan. Hotel-hotel penuh dengan tempahan hingga ke subuh manakala botol-botol arak bergelimpangan seakan lupa bahawa arak ibu segala maksiat.

Beginikah membuktikan masyarakat Malaysia sudah merdeka ? Jawapannya tentulah tidak. Biarpun laungan kemerdekaan itu merupakan sejarah yang tidak boleh di padam namun hakikatnya kita masih terjajah .

Terjajah minda dengan pengaruh songsang dari luar sehingga menelanjangkan pakaian nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, hidup aman dan harmoni.

Mahasiswa Dan kemerdekaan

Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka . Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka .

Merdeka dari sudut minda, personaliti dan tindakan. Era 60an -70 an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri.

Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .

Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada prinsip jelas bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil.Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.

AUKU menjajah Mahasiswa ??

Kewujudan Akta Universiti & kolej Universiti (AUKU ) 1975 telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam berbincang dan berpencak seperti mahasiswa seblum Akta kuku besi itu wujud .

Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. Setiap tahun mahasiswa berjuang tanpa menghiraukan tembok di hadapan, bekal didikan yang mantap , tidak timbul lagi soal takut dengan tindakan polis, tindakan universiti dan sebagainya yang terkandung dalam akta draconian itu. Aksi demi aksi terus berlaku tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi.

Kesannya membawa mahasiswa berjaya mendesak kerajaan Malaysia meminda AUKU untuk di pinda kali ke kedua pada tahun 2008. Walaupun begitu, mahasiswa masih di telengkup dengan strategi permunian kalausa yang mengelirukan mahasiswa dalam memahami akta ini.

Pendek kata AUKU masih lagi merencatkan pada sesetengah pergerakan mahasiswa. Biarpun di pandang sebagai ketelusan pemimpin negara dalam menerima kebebasan mahasiswa bersuara , tetapi ianya hanya indah khabar dari rupa.

Namun , kekangan ini tidak menjadi masalah hanya bagi mereka yang berani menyepak AUKU ini seperti bola kerana sasaran mereka yang serius dengan perjuangan hanyalah ‘tiang gol’ di hadapan.

Tukar paradigma Kita

Justeru itu, sudah tiba masanya , pada sambutan kemerdekaan ini, mahasiswa perlu berani melakukan perubahan dalam meninggikan martabat mahasiswa itu sendiri.

Sampai bila kita masih mahu tunduk dengan satu sistem yang menjajah diri kita sendiri. Kita ada hak , tetapi kenapa kita membiarkan hak-hak kita di kawal oleh orang lain.

Akta yang di cipta bukan lagi penghalang utama kepada mahasiswa. Jangan pernah sama sekali merasakan diri di jajah sehingga terkunci mati tindakan kita untuk menjadi penyelamat ummat di tengah-tengah kepincangan yang ada.

Beranilah berubah, jika rakyat di luar sana berani mencabar kebatilan atas dasar kefahaman , kenapa kita mahasiswa masih lagi melakukan pertimbangan untuk berubah? .

Sesungguhnya kita tidak tahu sampai bila hayat hidup kita. Mungkin sesaat lagi kita menutup mata . Justeru dalam peluang yang dikurniakan ini, marilah sama-sama kita merdeka diri kita dari terus di jajah dan permainkan .

Berjuanglah untuk kebenaran, Bebaskan diri daripada di jajah. Selamat menyambut Hari kemrdekaan yang ke 52 buat seluruh mahasiswa yang berjuang untuk kebenaran. Student Power!

———-

*Penulis anti rasis ini suka menonton filem Kungfu Panda dan Gadoh sambil berkongsi pengalaman dan idea bersama rakan-rakan aktivis. Beliau kini ialah pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional merangkap Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) disamping sebagai exco Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya.

::Ramadhan Bulan Jutawan::


~ Bulan Ramadhan ~

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala..
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu…….

::Kelebihan Ramadhan dan Orang Berpuasa::


RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.
Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

::Wacana Pemikiran Sayid Qutub::


Sayid Qutb merupakan antara pendakwah yang istiqamah dalam menegakkan kalimah Allah SWT. Ketika di dalam tahanan, ia menulis karya terakhir Maalim Fit Thariq (Petunjuk Jalan) . Dalam buku ini beliau menyatakan perlunya revolusi total bukannya semata- mata pada sikap individu, namun juga pada struktur negara.

Titisan darah perjuangannya dan titipan penanya mengilhamkan dan meniupkan roh jidah dalam hampir kesemua gerakan keislaman di serata dunia.

Ramadhan Datang Lagi

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda:Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

::Program Surau::

::Program Mengecat Surau::
Persatuan Pelajar Islam IPGM Kampus Rajang 2009/1430H telah mengadakan program mengecat surau bersama dengan staf akademik pada 6 Ogos 2009. Kini Surau At-Taqwa berwajah baru...

::Pertandingan Nasyid Peringkat IPGM Kampus Rajang::
PGPI akan menganjurkan pertandingan nasyid bertempat di Dewan Sri Rajang bagi memilih pasukan untuk mewakili kampus ke pertandingan Nasyid MTTHQ IPGM yang akan berlangsung pada Oktober 2009 di IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi.

::Mentor-Mentee::
Hasil kesinambungan daripada usrah yang diadakan setiap minggu bagi semua pelajar PPISMP semester 1, PGPI mengadakan satu lagi program yakni program mentor mentee dalam usaha untuk memastikan kecemerlangan menjadi keutamaan pelajar.


:: Halawatul Ukhuwah ::


"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melaluiRABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat...
.


Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."


sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

::Berjihad dengan Ilmu dan Dakwah::

Sesungguhnya menuntut dan menyampaikan ilmu itu amat besar manfaatnya kepada individu dan masyarakat umat Islam. Menuntut ilmu agama bermula dari aqidah, fiqh, tafsir, akhlak, sehinggalah kepada pemahaman prinsip-prinsipnya yang tulen adalah merupakan suatu tuntutan yang amat besar lagi tinggi keutamaannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mujadilah, 58: 11)


Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Ketahuilah bahawa Nabi kamu telah bersabda: “Sesungguhnya Allah akan mengangkat sesuatu kaum dan merendahkan suatu kaum yang lainnya dengan Kitab Suci ini”.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dari sini menunjukkan bahawa menuntut ilmu (mempelajari agama) itu adalah suatu keperluan yang besar yang perlu digalas dan dikuasai oleh setiap muslim. Ini adalah sebagaimana Allah memerintahkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri supaya berdoa agar ditambahkan ilmu.

فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَلا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

“Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca al-Qur’an sebelum disempurnakan penyampaiannya kepadamu, dan katakanlah: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.
(Surah Thoha, 20: 114)


Ayat ini adalah merupakan satu dalil yang sangat jelas yang menunjukkan berkenaan keutamaan ilmu. Kerana Allah sendiri telah memerintahkan kepada Nabi-Nya agar meminta ditambahkan ilmu.

Di antara sebab-sebab keutamaannya adalah kerana dengan ilmu, manusia mampu mengenal Allah. Dengan ilmu, manusia akan mengerti tujuan sebuah kehidupan. Dengan ilmu, manusia akan mengerti pentingnya konsep uluhiyah dan ubudiyah terhadap Tuhannya. Dengan ilmu, pendirian manusia boleh sama ada berubah atau semakin teguh. Dengan ilmu, manusia mampu memahami agama dari asasnya sehingga ke cabang-cabangnya. Dengan ilmu jugalah, umat Islam akan mampu beramal dengan sempurna. Dengan ilmu juga umat Islam akan memahami perintah dan pesanan Nabi serta para ulamanya.

Di atas kesan-kesan tersebut, manusia menjadi tunduk disebabkan dia mengenal betapa rendahnya diri di hadapan Tuhannya.

Oleh kerana itulah, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالأنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang yang berilmu).”
(Surah Fathir, 35: 28)


Dengan sikap itu juga, umat Islam akan diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke suatu darjat yang tinggi berbanding dengan kaum yang selainnya.

“...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mujadilah, 58: 11)


Orang-orang yang berilmu adalah mereka yang mampu menghadapi kepelbagaian bentuk ujian, rintangan, musibah, serangan, dan syubhat yang mendatang dengan sikap yang penuh tenang dan sabar. Dengan ilmu yang mereka kuasai, mereka mampu untuk membezakan kepelbagaian bentuk permasalahan yang muncul yang sekaligus mampu menentukan pendirian (sikap) dan jalan keluar yang tepat buat dirinya dan orang lain. Ini adalah sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala singkapkan berkenaan peristiwa yang terjadi ke atas Qarun:

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (٧٩)وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلا يُلَقَّاهَا إِلا الصَّابِرُونَ

“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya di atas kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang sangat ingin kepada kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar memiliki keuntungan yang besar”. Berkatalah orang-orang yang dikurniakan dengan ilmu: “Kecelakaan besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperolehi pahala itu, melainkan oleh orang-orang yang sabar”.
(Surah al-Qasas, 28: 79-80)

Allah juga turut menjelaskan bahawa orang-orang yang berilmulah yang mampu memahami dan menganalisa hakikat kepelbagaian permasalahan yang terjadi.

وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ

“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.”
(Surah al-Ankabut, 29: 43)

Atas sebab itu jugalah dapat kita fahami bahawa dengannya (ilmu) umat Islam akan pergi berjihad sama ada di medan perperangan mahu pun di medan dakwah. Tanpa ilmu, umat Islam tidak akan mampu memberi sesuatu kepada yang lain, malah Islam itu sendiri tidak akan mampu ditegakkan jika tidak dibawa dengan ilmu. Inilah di antara apa yang ditunjukkan melalui Surah al-Furqon, di ayatnya yang ke-51 dan 52.

Ini jugalah sebagaimana apa yang dimaksudkan oleh para ulama, di antaranya imam Ibnul Qayyim rahimahullah yang telah menjelaskan bahawa menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu itu termasuk berjihad di jalan Allah. Ini adalah berdasarkan perkataan beliau yang terkandung di dalam kitabnya, Miftahu Daris Sa’adah:

“Menuntut ilmu disebutkan juga sebagai jihad fi sabilillah kerana dengannya agama Islam ini akan ditegakkan, sebagaimana juga agama Islam yang ditegakkan melalui medan peperangan. Jadi, Islam itu ditegakkan dengan ilmu dan peperangan.

Dengan itulah, jihad ada dua jenis:

Pertama:
Jihad dengan tangan dan senjata. Jihad jenis ini semua orang mampu turut serta di dalamnya.

Kedua:
Jihad dengan hujjah dan bayan (ilmu). Jihad jenis ini merupakan jihad dari kalangan orang-orang yang khusus iaitu dari kalangan ulama. Ini merupakan jihad yang hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang yang menguasai ilmu. Dan jihad kedua ini lebih utama daripada jihad yang pertama. Ini adalah disebabkan oleh betapa besarnya manfaat, tinggi risikonya, dan sangat banyak musuh-musuh yang akan dihadapinya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam Surah al-Furqon di mana surah ini adalah surah Makkiyyah:

وَلَوْ شِئْنَا لَبَعَثْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ نَذِيرًا (٥١)فَلا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُمْ بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا

“Dan sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami utus kepada setiap negeri seorang pemberi peringatan (rasul), maka janganlah kamu taati orang-orang kafir dan berjihadlah melawan mereka dengan al-Qur’an dengan jihad yang besar.”
(Surah al-Furqon, 25: 51-52)


Malah jika kita teliti pengertian jihad itu sendiri, iaitu menurut apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah di dalam kitabnya yang masyhur, Fathul Bari dan Ibnu Manzur rahimahullah di dalam Lisanul Arab, ia sebenarnya mencakupi perbuatan menegakkan hujah (dengan perkataan atau lisan) terhadap orang-orang kafir dengan cara mendakwahi, menyerang, dan menahan (menangkis hujah) mereka dengan bersungguh-sungguh serta dengan sepenuh tenaga dan usaha. Dengan ini juga bermaksud, jihad itu tidaklah terhad hanya sekadar turun di medan perperangan, tetapi juga adalah dengan penegakkan hujah-hujah ilmiyah kepada kaum yang tidak mengerti dan ingkar.

Berdasarkan surah al-Furqon ayat 51-52 tadi juga sebenarnya ia turut menjelaskan sejak awal-awal lagi bahawa Allah memerintahkan supaya tidak mentaati orang-orang kafir dan supaya berjihad terhadap mereka. Maka, jelaslah di sini bahawa pada fasa tersebut, orang-orang kafir tidak diperangi melainkan dengan hujah, bayan, dan menyampaikan isi kandungan al-Qur’an itu sendiri dan bukanlah dengan pedang mahu pun ketenteraan semata-mata.

Demikianlah juga dengan persoalan orang-orang munafik yang duduk hidup di bawah kekuasaan umat Islam yang mana Allah turut memerintahkan dengan kalimah jihad kepada umat Islam ke atas mereka.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

“Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiq dan bersikap keraslah terhadap mereka.”
(Surah at-Taubah, 9: 73)

Ini adalah sepertimana yang diketahui bahawa orang-orang munafik itu tidak diperangi dengan pedang, dan mereka juga tidak memerangi umat Islam dengan ketenteraan. Tetapi, mereka (orang-orang munafik) diperangi di atas nama jihad dengan menegakkan hujah-hujah ilmiyah dari al-Qur’an dan perkataan Nabi-Nya.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah turut menegaskan di dalam kitabnya yang lain, I’lam al-Muwaqqi’in bahawa ketaatan kepada umara’ (pemimpin) itu adalah mengikuti ketaatan kepada ulama. Maka, menuntut ilmu dan mempelajarinya adalah termasuk jihad di atas jalan Allah.

Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu juga pernah berkata bahawa,

“Sesiapa yang mengatakan bahawa pergi berulang-alik mencari ilmu itu bukan sebahagian dari jihad, maka sesungguhnya akal dan fikirannya telah lemah.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr)


Begitulah dia sebuah hakikat yang kian dipandang remeh, padahal ia adalah sebuah tuntutan besar bagi setiap manusia dari kalangan umat Islam. Menuntut ilmu dari ilmu-ilmu agama semenjak zaman-berzaman sehinggalah ke masa ini bukanlah sebuah usaha yang boleh ditinggalkan, bahkan ia adalah sebuah perjuangan yang dengannya umat Islam akan berjihad menegakkan Tauhid bermula dari dalam diri masing-masing sehinggalah ke setinggi-tinggi kemampuan ke atas segenap manusia umumnya.

Semoga kesarjanaan ilmu di dalam bidang agama ini mampu ditegakkan dan kembali dipandang tinggi oleh umat Islam seluruhnya. Hanya dengan ilmu umat Islam akan kembali dimuliakan, dan dengan ilmu itu jugalah umat Islam bakal kembali berjihad dengan sebesar-besar jihad.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Sungguh aku mengetahui (menguasai) satu bab dari sesuatu ilmu itu sama ada berkenaan perintah atau pun larangan, ia adalah lebih aku sukai berbanding dengan 70 kali pertempuran di medan jihad.”