Aktiviti Pusat Islam Darul Taqwa

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil.
Khamis (Maghrib-Isyak)

Halaqah
Ahad (Selepas Zuhur)

Usrah dan Uzlah
Rabu (Maghrib-Isyak)

::Biro Kerohanian Bertukar Nama::

Biro Kerohanian dan Moral akhirnya bertukar nama kepada Biro Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru di bawah kendalian saudara Mohd Sufri Bin Yakup, Exco baru menggantikan saudara Jeffry Abu Bakar yang dilantik sebagai Naib Yang Di-Pertua JPP IPGM Kampus Rajang 2009/2010.

Pertukaran nama ini bukanlah sekadar hanya pada nama malahan menggambarkan objektif yang jelas biro ini dalam memastikan kejayaan perlaksanaan matlamatnya membentuk generasi guru ulul albab. Maka dengan adanya pertukaran ini pastinya akan membawa kepada peranan yang lebih besar dan holistik dalam menjana fikrah mursyid yang sejati selaras dengan ajaran Quran dan as-sunnah.

Idea pertukaran nama biro ini yang dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) diluluskan serta merta dengan skop tugas dan peranan yang pastinya membawa kepada menjayakan misi JPP sesi 2009/2010 ke arah kepimpinan yang unggul dan cemerlang. Kepada sekalian ahli jawatankuasa di bawah Biro Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru, diharap mampu membawa sirna kejayaan dan kegemilangan Kampus Rajang.

::Penubuhan PERMAI::

Sejajar dengan resolusi dalam Persidangan JPP IPGM Zon Sarawak yang berlangsung di Eastwood Valley and Country Club lepas, Biro-Biro Kerohanian IPGM Zon Sarawak sepakat menubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam IPGM Zon Sarawak sebagai satu wadah bagi mahasiswa Islam IPGM berhubung.

Persatuan Mahasiswa IPGM Zon Sarawak adalah satu tanda bahawa Mahasiswa Islam IPGM Zon Sarawak bergabung dan bersatu hati dalam menjayakan misi dan visi menjana fikrah guru. Persatuan ini akan dipengerusikan secara bergilir oleh empat buah kampus. Buat masa ini, saudara Che Mohamad dari IPGM Kampus Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusinya.

Diharapkan PERMAI akan menjadi satu suara mahasiswa Islam IPGM Zon Sarawak agar melangkah terus ke hadapan bersuara di arena nasional sebagaimana GAMIS dan PMIUM yang lantang bersuara, aktif berdakwah tanpa kenal penat dan lelah walau jarak yang memisah.